Friday 6 April 2012

New post, New life, Old link.

Assalamualaikum ..
Okayyy, ini post aku yang pertama untuk sekian kali nyee bercuti sebentar daripada part time menjadi penulis tak bertauliah. Aku nervous. Hahahahaha, dah kenapa aku ni ? First thing aku nak ucap terima kasih. Aku tahu still ada lagi yang buka blog aku nak tahu perkembangan en ? Terima kasih, korang telah meng'HOT'kan blog aku ni :) Tapi takpayah risau. Perkara yang dah lepas sebelum ni biarlah dia pergi. InsyaAllah takkan ada lagi perkara lama yang akan berulang dekat blog ni. Memang lumrah kehidupan setiap manusia takkan terlepas daripada melakukan kesilapan. Aku salah seorang yang tergolong dalam golongan itu. Sekali aku jatuh dengan kesalahan yang dah aku buat. Tak bermakna aku akan jatuh selama-lamanya. Second thing aku nak minta berjuta-juta kemaafan kepada semua yang dah pernah aku buat salah. Yang pernah aku kutuk dalam sedar atau tak dalam blog ni. Aku takboleh takut dengan hukuman yang aku terima diatas semua perbuatan yang dah aku lakukan. Aku terima je. Asalkan orang berpuas hati.

Lepas apa yang dah jadi. InsyaAllah akan berlaku banyak perubahan. Mungkin banyak jugak dugaan yang selalu datang. Dengan kutukan-kutukan yang diterima. Tapi biasa lah tu, mulut orang kita tak boleh tutup. Salah orang sekecil kuman nampak jee. Tapi salah sendiri sebesar gajah takpernah di kisahkan :) Ibu selalu nasihat dan cakap "Sabar jela Maizurah.Cukup masa nanti diam lah dorang" Korang nak cakap apa pun pasal aku dekat belakang cakap lah. Terimakasih sebab bagi pahala dekat aku. Haha, Setakat hilang 3-4 kawan macam korang. Aku tak luak. Banyak lagi manusia yang aku akan jumpa lepasni. Korang dah ajar aku erti kehidupan. Terimakasih lagi. Blog ni aku saja je kekalkan. Sayangggg ~ macam-macam dah aku luahkan, tapi semua dah hilang. Lepasni hanya akan ada perkara baru dah corak penulisan yang baru. Korang kaki stalker kan ? Rajinlah singgah membaca ye :)
Terima Kasih ;)